Saturday, 25 March 2017

come back update!; 2017, kenapa kaum wanita selalu mood swing

Assalamualaikum readers & shaklee lovers!

Sudah lama rasanya blog akak ni bersawang tanpa sebarang perkongsian terbaru. Akak masih aktif bershaklee tetapi secara offline.

Anda pernah tidak alami "mood swing" , selalunya kaum wanita la mudah terkena tabiat macam ni, ha akak sendiri pun boleh dikatakan ada emosi yang berbagai ni sekejap marah, sekejap sedih, gembira Dan sebagainya. Mood boleh berubah dalam beberapa saat ja, wah saat ye! Jangan main-main, kalau berterusan boleh mendatangkan mudarat pada diri dan orang sekitar.

Eh mood swing ni kenapa terjadi pada wanita?

Atas sebab yang tertentu mood yang mudah berubah - ubah ini selalu berlaku pada wanita, antaranya:

a) wanita yang sering mengalami tekanan samaada tekanan kerja, rumahtangga, kewangan dan sebagainya mudah terganggu emosi.

b) wanita yang mempunyai masalah kesihatan seperti period yang tidak teratur, aada pre menstrual syndrome (PMS), boleh jugak menganggu emosi, disebabkan hormon yang tidak stabil.


Solusinya macam mana:

I) banyakkan berselawat dan beristiqfar!

Ii) amalkan minum air kosong paling kurang 8 gelas sehari.wajib!

Iii) amalkan makanan tambahan vitamin gla shaklee Untuk masalah hormon dan untuk elakkan mood swing.

Apa itu gla?
Gla secara saintifik adalah gama linoleum acid (gla) dan merupakan bahan binaan bagi prostaglandin ( bahan hormone dalam badan).

Siapa perlukan gla?
Secara umum semua wanita perlukan gla, berkahwin atau bujang. Sesiapa yang Ada pre menstrual syndrome sangat digalakkan  amal gla complex.


Jadi, anda masih single ke sudah berpunya?
 Boleh la cuba!



Berminat ke berminat? He he
Independent distributor: ID 1155918
Wassap:+60194668561

Salam sayang,
Akak shaklee.


Thursday, 6 August 2015

Awas jika anda kerap letih dan lesu petanda awal penyakit

Assalamualaikum

Letih adalah situasi yang wajar dan biasa jika anda berasa seperti itu selepas melakukan aktiviti yang berat; tetapi jika anda cepat letih dan lesu walaupun tidak melakukan tugas berat, berwaspadalah mengenai keadaan atau tahap kesihatan anda. Ini mungkin amaran awal anda sedang mengidap penyakit tertentu.

Adakah anda sering berasa letih dan lesu sepanjang waktu? jika jawapannya adalah ya, anda patut tahu info kesihatan ini sebagai panduan dan rujukan untuk masa yang akan datang. Insyaallah semua info ini akan dapat membantu anda untuk lebih prihatin dengan kesihatan diri sendiri. Percayalah kesihatan yang baik bermula dari pencegahan awal yang konsisten dan ianya bermula daripada perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh oleh segelintir orang.

Diantara sebab yang boleh buatkan diri anda mudah berasa penat dan lesu adalah:

1- Anda mungkin mengidap anemia (kurang darah merah)
Disebabkan oleh kekurangan zat besi. Penyakit ini lebih banyak terjadi kepada golongan wanita berbanding golongan lelaki. Wanita yang sering mengalami haid yang banyak dan wanita hamil banyak mengalami masalah ini. Mereka mudah berasa lesu, penat, sering sakit kepala, muka kelihatan pucat dan jantung berdebar-debar. Anda dinasihatkan untuk dapatkan pemeriksaan darah di klinik dan hospital untuk mengetahui kadar hemoglobin atau sel darah merah dalam badan anda seimbang atau tidak.

2- Anda mungkin mengidap hipotiroid
Hipotiroid adalah gejala kekurangan hormon tiroid di dalam badan. Kurangnya hormon ini sebabkan badan kurang metabolisma, cepat letih, sakit otot, berat badan bertambah, kulit kering dan tidak tahan pada keadaan sejuk. Anda perlu banyakkan ambil zat besi dan rajin bersenam untuk tingkatkan metabolisma badan.

3- Anda mungkin mengidap diabetis
Mungkin juga anda mengidap diabetis dalam diam-diam. Waspadalah jika anda alami tanda seperti cepat haus, mudah lapar, sering buang air kecil dan berat badan turun mendadak. Kesan lebih awal dapat elakkan anda dari terkena penyakit ini.

4- Anda mungkin mengidap tabiat tidur berdengkur
Jika anda selalu tidur berdengkur, atau mungkin orang lain pernah cakap bahawa anda tidur berdengkur. Anda mungkin mengidap obstructive apnea syndrom, terjadi kerana aliran udara tersumbat ketika bernafas sehingga sebabkan oksigen berkurang. Penyakit ini akan menganggu kualiti tidur anda dan anda akan berasa letih pada waktu siang kerana tidak dapat tidur yang cukup.

5- Anda mungkin mengidap ceciliac
Merupakan penyakit saluran penghadaman terutama pada kawasan usus. Penyakit ini tidak serasi dengan makanan yang mengandungi gluten-protein yang terdapat pada bijirin. Gluten boleh dijumpai dalam ubat-ubatan, vitamin dan pelembab bibir. Gejala cepat letih, perut kembung atau banyak angin, cirit-birit, muntah dan turun berat badan.

6- Anda mungkin mengidap chronic fatigue syndrome
Walaupun anda sudah mengambil rehat yang cukup namun masih berasa letih dan lesu, ia adalah kerana anda sememangnya mengidap penyakit ini. Sekiranya anda mengidap gejala seperti lesu, sakit pada bahagian otot, gangguan memori dan tidak fokus, insomnia; eloklah anda segera berjumpa doktor. Ia juga boleh terjadi disebabkan gangguan virus, gangguan sistem imun dan gangguan psikologi atau emosi.

7- Anda mungkin mengidap kemurungan
Kemurungan dengan gejala perasaan sedih, putus asa, hilang minat untuk melakukan aktiviti, letih, gangguan tidur dan mempunyai fikiran untuk cederakan diri sendiri. Segeralah berjumpa doktor jika anda atau orang di sekeliling anda sedang mengalami gejala ini.



Wednesday, 5 August 2015

7 Tips mudah kawal nafsu makan di rumah terbuka jauhi berat badan naik melambung



Assalamualaikum

Adakah anda tahu, lelaki dewasa biasanya akan membakar 2,500 kalori yang di makan setiap hari. Jika jumlah kalori yang diambil berlebihan daripada jumlah yang patut dibakar, ianya akan mewujudkan lebih kalori atau jadi kalori yang tidak bagus seterusnya akan membentuk lapisan lemak dalam badan. Agak menakutkan sekiranya lemak  yang tersimpan dalam badan tidak dibuang dengan mengamalkan diet yang betul. 

 Ada info menyatakan bahawa jumlah kalori yang diperlukan oleh lelaki dewasa adalah sekitar 2,000 hingga 2,500 sahaja sehari. Ini bermakna, setiap 8,000 kalori yang terkumpul dalam badan (yang tidak dibakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kg. Bayangkan jika berat badan anda naik dengan mendadak, pastinya perlu kawal cara makan ya!

sekarang masih di dalam bulan syawal dan pastinya makin ramai yang akan buat rumah terbuka, ramai yang akan dijemput ke jemputan rumah terbuka termasuk saya ni ha! maka ikut hati mahu makan sepuasnya, kan raya sebulan.Inikan raya! hehe




Tetapi kesannya mesti ramai mula risau berat badan naik secara mendadak bagai ditiup angin dalam belon. wah peribahasa apakah itu!


ok tidak menjadi masalah.
saya kongsikan tips mudah bagaimana saya dan anda semua boleh amalkan khususnya ketika musim perayaan. harap dapat membantu.


1- Rancang awal jadual anda
Ini kerana jika anda menerima jemputan rumah terbuka pada sebelah malam, anda di nasihatkan untuk melakukan sedikit senaman ringan pada sebelah siangnya. Boleh bakar lemak. Pastikan juga anda tidak mengambil makanan berat sebelum ke jamuan raya.

2- Buat pilihan dengan bijak.
Anda mesti bijak menetapkan keutamaan, termasuk dalam menghadiri jemputan raya. Andai jemputan bukan daripada kenalan rapat ataupun keluarga, anda boleh elakkan untuk menghadiri terlalu banyak majlis. Namun jika tidak boleh elakkan, pastikan anda tidak mengambil makanan berat. Makan sebelum tidur bukan sahaja punca kepada masalah obesiti/gemuk malah anda mungkin juga akan mengalami masalah insomnia (susah tidur).

3- Makan makanan sihat dan cukup khasiat
Adakah anda merancang untuk mengadakan jamuan rumah terbuka? jika jawapannya ya, apa kata anda rancang adakan jamuan dengan tema makanan sihat! pasti ramai yang memuji dan mencontohi anda! positiflah walaupun akan ada yang akan tanyakan ketupat, lemang, rendang dan semuanya. ciptalah ketupat yang tidak berlemak. mungkinkah? apa kata anda mencuba.

4- Majlis di siang hari
selain buat makanan sihat untuk tetamu, pemilihan waktu untuk mengadakan jamuan juga penting. Cubalah lakukan jamuan pada sebelah siang kerana makanan berat sesuai dimakan pada waktu ini. agak berat malam makan lemang, ketupat dan sebagainya.

5- Anda patut tidur awal
Jika tiada aktiviti pada malam hari, tidurlah awal kerana semakin lama anda berjaga malam semakin kerap anda mahu mengunyah makanan. itu ayat hipotesis terbaik hubungan makanan dan tidur! 

6- Makan buah
Makan banyak buah sebelum anda keluar ke jamuah rumah terbuka. dapat elakkan sembelit jika terlalu banyak makan makanan berat susah dihadam. Buah epal bagus dimakan untuk mengalas perut, juga boleh elakkan anda makan berlebihan di rumah terbuka.

7- Elak makan bufet
Pilih makanan secara berpatutan sahaja, makanlah dengan berpada-pada. Ambik hidangan dalam kuantiti yang sedikit . 

Begitulah, asyik makan jangan di lupa solat apabila telah masuk waktunya. Utamakan solat di awal waktu, mesti tidak teringat sangat nak makan banyak kan.

Selamat menghadiri rumah terbuka semua! jangan lupa puasa enam di bulan syawal.

Tuesday, 4 August 2015

Kaedah selamat dan semulajadi turunkan kandungan gula dalam darah

Assalamualaikum

Ramai yang belum tahu masih ada kaedah ataupun cara yang lebih selamat untuk turunkan kandungan gula di dalam badan selain daripada mengambil ubat-ubatan di hospital, ulam-ulaman dan sebagainya. Kandungan gula yang terlalu banyak di dalam badan akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan, seterusnya menjadi penyakit diabetis. Ada berbagai petua tradisional dan moden bagi mengubati/menurunkan gula , makan buah atau sayuran yang pahit seperti buah peria dan lain-lain lagi.

petanda awal seseorang itu mempunyai kandungan gula yang banyak di dalam darah adalah:

1- selalu dahaga
2- Mudah letih
3- Berat badan turun dengan mendadak
4- Kerap kencing
5- Kebas kaki dan tangan

Berjumpalah segera dengan doktor jika anda pernah mengalami semua petanda di atas, sentiasa berwaspada dengan keadaan kesihatan tubuh. Perkara yang utama adalah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan ubat-ubatan yang disediakan oleh hospital. Akan tetapi, dengan pesatnya teknologi perubatan pada masa ini membuatkan sesiapa sahaja mampu untuk membuat lebih banyak pilihan untuk kesihatan masing-masing. Bijaklah memilih ubat-ubatan atau vitamin anda.

Di sini Shaklee hadir sebagai suatu produk kesihatan berteknologi tinggi yang selamat dan semulajadi serta disahkan halal. Saya cadangkan set kesihatan yang mampu membantu turunkan gula dalam darah anda.

vitamin kesihatan bantu turun kadar gula dalam darah:



ESP (Energizing Soy Protein)
Mempunyai indeks glisemik yang rendah yang membuatkan minuman ini mudah untuk dicerna oleh tubuh secara berperingkat menyebabkan kandungan gula dalam darah dibebaskan hanya mengikut keperluan tubuh sedikit demi sedikit.


Vitalea
mengandungi 28 vitamin dan mineral lengkap termasuk kromium. Kromiun adalah sejenis mineral yang amat penting untuk menjalankan fungsi badan manusia yang normal. Ia nya penting bagi mengawal paras gula dalam darah mengikut keperluan badan manusia

B-Complex
B-Complex adalah supplement pembekal tenaga. Ia bertindak dengan menukarkan gula dalam darah menjadi tenaga. Pesakit kencing manis kerap berasa letih dan mengantuk. B-Complex adalah sangat baik kepada mereka yang sering mengalami keletihan. B-Complex yang baik adalah yang mengandungi ke semua vitamin B iaitu, B1, B2, B3, B5, B6, B12, acid folic dan biotin. Vitamin ini merupakan vitamin larut air, jadi anda dinasihatkan untuk minum air kosong yang banyak. Jika air kencing anda berwarna kuning pekat itu bermakna anda kekurangan air, dan sekiranya air kencing berwarna jernih itu menunjukkan air dalam tubuh ditahap yang baik.

Zinc Complex
Zinc Complex dirumus dari zinc glukonat semulajadi bergabung dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan serbuk alfalfa. Ia mudah diserap oleh tubuh. Zinc boleh membantu pesakit kencing manis iaitu membantu pengeluaran insulinmengekalkan fungsi insulin dan seterusnya boleh membantu mengurangkan komplikasi diabetes. Zinc juga sangat membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka. Lebih-lebih lagi pesakit diabetes akan mengalami luka yang lambat baik.

Dapatkan segera dengan menghubungi saya;
013-6423449 -sis ismalina
Independent Distributor (ID 1155918)
facebook: isma amanina
fanpage: kedai sihat amanina



5 Kebiasaan yang sering dilakukan punca Diabetis (Kencing Manis)






Penyakit diabetis seperti yang ramai sudah tahu ianya berkait rapat dengan penyakit keturunan dalam keluarga, tetapi apa yang lebih penting adalah penyakit ini bukanlah semata-mata penyakit yang berpunca daripada warisan keluarga, penyakit diabetis juga disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat sekaligus membawa kepada perubahan diet makanan yang tidak seimbang. Dahulu dan sekarang penyakit jantung adalah merupakan musuh nombor satu dalam masyarakat kerana penyakit ini sangat mudah menyerang, tambahan dengan kitaran hidup dan pemakanan yang serba "instant" atau segera. Kini penyakit diabetis pula sering ditakuti.

Jika anda adalah pesakit atau cenderung kepada penyakit diabetis, ikuti apakah yang boleh menjadi punca kepada penyakit  ini. 

Berikut adalah antara 5 kebiasaan yang sering berlakunya penyakit diabetis, antaranya ialah :

Suka mengambil minuman kordial

Minuman kordial mempunyai banyak kalori dan kandungan gula. Jadi tips yang terbaik adalah mesti mengawal atau menghadkan minuman seperti soda atau minuman dalam tin kerana ianya akan meningkatkan risiko terkena penyakit diabetis selain penyakit kegemukan atau obesiti.

Selalu lambat makan

Adakah anda tergolong dalam kalangan orang yang sengaja atau gemar melengah-lengahkan waktu makan? ianya merupakan kebiasaan yang tidak sihat kerana perut yang lapar akan menggalakkan terjadinya penyakit kencing manis. Lewat makan akan menurunkan atau membuatkan kandungan gula dalam darah akan menjadi tidak seimbang.

Tidak makan makanan berserat

Sikap tidak mahu makan makanan berserat seperti pisang, betik dan sebagainya boleh menyumbang kepada diabetis dan juga sistem pencernaan akan terganggu. Sembelit dan pembuangan air besar menjadi yang bermasalah menjadi masalah yang kian teruk. Jadi jangan malas-malas makan buah-buahan dan makanan berserat ya!

Kerap makan di tengah malam

Makan pada waktu malam boleh tetapi menjadi masalah jika makan pada waktu di luar kebiasaan seperti di tengah malam. Penyakit sukar tidur ada kaitan rapat  dengan diabetis, apabila seseorang sukar tidur menjadikan mereka kerap terjaga di tengah malam dan selalunya akan merasa lapar sehingga makan dengan kadar yang banyak . ianya satu tindakan yang salah kerana makanan yang baru dimakan setelah tidur semula tidak dapat dicerna atau dihadam dengan baik.

Tekanan

Jika anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetis, anda perlu bijak mengawal tekanan emosi agar tidak menjejaskan kesihatan diri. Hormon tekanan iaitu kartisol berupaya untuk pengaruhi tahap gula dalam darah hingga mampu cetuskan penyakit kencing manis atau diabetis.


Justeru itu, mulakan gaya hidup yang sihat supaya kita semua kuat untuk melakukan ibadah dan kerja seharian yang memerlukan kekuatan fizikal serta mental. 

Jika anda  adalah pesakit kencing manis, USAH berputus asa! Allah swt ciptakan penyakit mesti ada penawarnya. Usahalah untuk mencari penawar yang terbaik sesuai dengan kemampuan diri. Pesan saya, jangan hanya menunggu dan meminta kesembuhan penyakit tetapi pada masa yang sama tidak melakukan ikhtiar atau usaha untuk menyembuhkannya. 


Wednesday, 24 December 2014

tips momy multitasking; susahnya menjadi ibu yang bekerjaya




Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah.seiring dengan perkembangan masa dan zaman, wanita dilihat kini lebih besar peranannya berbanding suatu masa dahulu. Pada zaman dahulu wanita hanya ditugaskan untuk persiapan keluarga dan urusan rumahtangga, tetapi pada masa ini wanita setanding berperanan sehebat kaum adam. setuju? eh, saya bukan bias tetapi menyatakan hakikat/realiti semasa. tengok sahajalah makcik asiah (jiran) di kampung saya, dahulunya seorang suri rumah sahaja; kini dah jadi usahawan kopi. ini menandakan ada berlaku tranformasi(lonjakan/pembaikan) di situ. setuju ke setuju? tugasnya makin menjadi bercabang, urusan rumahtangga, bisnes, anak dan sebagainya. cayalah makcik, multitasking ni orang puteh panggil! serba boleh katakan. makan suami siap, persiapan sekolah anak siap, bisnes mantap, ilmu makin ditambah!

tetapi tak ramai yang boleh jadi multitasking ni, sukar! tak menang tangan dek urusan yang banyak perlu diselesaikan. ini yang menjadi permasalahan ibu bekerjaya sekarang, masalah tak cukup tangan. alahai, kesian.

Wanita mula melihat kerjaya di luar rumah sebagai satu cara memperoleh jaminan masa depan yang lebih menyakinkan. Wanita yang berdikari di dapati mempunyai tahap keyakinan diri yang lebih tinggi dan mempunyai daya pemikiran yang lebih terbuka disebabkan interaksi yang meluas.

Kemahiran ini memberi nilai tambah kepada keluarga seperti anak-anak, suami dan ibu bapa . Walau bagaimanapun, fitrah wanita yang cenderung kepada aspek pengurusan keluarga dan penjagaan anak-anak, tetap menjadi keutamaan yang perlu dikendalikan sebaik mungkin. Oleh sebab itu, wanita yang memilih untuk bekerja di luar rumah harus mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dalam mengurus diri, emosi, kerjaya, keluarga, penjagaan anak-anak dan hal ehwal rumah tangga yang lain.

tanpa adanya strategi/perancangan awal pastinya akan menjadi kelam kabut.
baik, saya akan kongsikan tips bagaimana menjadi ibu multitasking hasil daripada pembacaan dan pemerhatian yang saya lakukan. mestilah semua ibu nak hebat di luar dan di dalam rumah kan? kerja dan suri rumah hebat.

Sunday, 21 December 2014

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...