Monday 15 December 2014

Baru melahirkan, Awas risiko jangkitan pada luka selepas bersalin



Assalamualaikum semua,

alhamdulillah kakak sepupu saya baru melahirkan anak baru-baru ini. semua baby memang comel kan!

 apa yang paling penting adalah penjagaan selepas bersalin atau dalam pantang. ramai yang belum tahu, ada kalanya selepas bersalin sama ada secara normal (melalui faraj) ataupun melalui pembedahan akan mendapati luka mereka tidak sembuh dengan baik. Jangkitan kuman pada kuman boleh berlaku pada luka pembedahan selepas melahirkan dilaporkan sekitar 3 hingga 15 peratus. walaupun risiko tidak besar tetapi boleh menyebabkan banyak kesukaran kepada ibu yang melahirkan.

ok, jom kita ketahui dengan lebih lanjut lagi tentang ini sebagai ilmu sebelum bersalin atau kepada bakal-bakal ibu. take note ye!

apa itu jangkitan kuman?

Jangkitan kuman pada luka episiotomi ialah luka yang selalu terjadi di bahagian faraj adalah sekitar 0.35 peratus sahaja, walaupun jika dilihat bahagian tersebut terdedah pada kuman. Ia terutamanya terjadi pada luka yang besar dan dalam sehingga melibatkan lapisan saluran dubur iaitu luka tahap keempat.



Jangkitan luka episiotomi?

jangkitan kuman pada luka tersebut juga boleh berlaku memandangkan kawasan itu (faraj/tempat luka) lembab dan berhampiran dengan dubur. jangkitan kuman pada luka episiotomi adalah jangkitan yang paling utama pada bahagian faraj semasa dalam pantang. 

bahagian luka akan menjadi merah dan bengkak dan jahitan akan terkeluar (terbuka). biasanya ibu akan berasa sakit di bahagian luka dan menyebabkan demam.

Jika anda melahirkan melalui proses pembedahan caesarean, jangkitan pada luka episiotomi juga perlu dibersihkan dahulu sehingga bahagian terlibat bersih barulah boleh ia boleh dijahit semula.


lebih membahayakan jika jangkitan berlaku pada luka yang melibatkan lapisan dubur. jika ini terjadi, najis akan terkeluar melalui faraj. ini adalah suatu keadaan yang sukar untuk dipulihkan.

Biasanya pembedahan membaiki lapisan tersebut buat kali pertama dengan sempurna adalah yang terbaik. jika tidak seluruh hayat pesakit akan mendapati najis keluar melalui bahagian faraj. ini akan menyukarkan kaum ibu dan mendatangkan masalah kepada suami.

sekiranya pesakit mengalami luka yang melibatkan lapisan dubur biasanya pakar perbidanan akan menasihatkan supaya dalam kehamilan akan datang supaya menjalani pembedahan caesarean untuk melahirkan anak. ini sebagai langkah elakkan kecederaan pada bahagian otot yang mengawal proses membuang air besar.

faktor-faktor jangkitan?

  • ibu yang mempunyai masalah obes,diabetes, penggunaan steroid dan ubatan.
  • kekurangan darah semasa hamil atau anaemia boleh menyebabkan infeksi kerana semasa proses kelahiran menyebabkan pendarahan dan pembentukan darah beku di bawah luka boleh berlaku infeksi dan luka akan terbuka.
  • air ketuban yang pecah terlalu lama dan jika bayi anda telah membuang najis di dalam rahim juga mendedahkan ibu untuk mendapat jangkitan.
  • luka yang bernanah dan terbuka selepas pembedahan caesarean biasanya akan bermula dengan demam. ibu merasa sakit pada luka, kemerahan dan jika bernanah mungkin terdapat nanah terkeluar daripada bahagian luka tersebut.

justeru itu, kaum wanita , bakal ibu dan ibu-ibu perlu ada ilmu dan adalah penting untuk menjaga dengan baik luka-luka yang berlaku semasa proses kelahiran sama ada melalui pembedahan caesarean atau melalui faraj (normal) kerana jangkitan yang serius boleh menyebabkan kemudaratan yang buruk.

anda nak tahu apa yang perlu dibuat untuk elakkan kejadian luka selepas bersalin? nantikan entri saya yang akan datang, saya akan kongsikan .


pengedar sah shaklee area pokok sena (kedah/zon utara) dan seluruh malaysia!
call/sms: isma amanina 013-6423449
shaklee ID: 1155918

Pakar pemakanan sihat anda! semuanya berbaloi dengan shaklee.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...