Tuesday 22 July 2014

Recharge iman : Sampaikanlah walau satu ayat, sebarkan kebaikan

Assalamualaikum wbt pembaca blog sekalian,

Apa khabar semua? kaifaha lukum jamian? semoga kita semua dikurniakan keberkatan umur dan rezeki hendaknya. ameen Ya Rabb.

Alhamdulillah, pada entri yang sebelum ini, saya ada berkongsi fakta tentang resdung kan? jadi, seterusnya saya nak sharing lagiii . sebab apa asyik share ja, sebabnya walaupun ilmu yang kita ada tu sedikit ja tapi besar pahalanya jika kita menyebarkan pada orang ramai.






 Sampaikanlah walau satu ayat! =)
nak ikut sunnah nabi tak? mesti la nak kan , jadinya latihlah diri untuk sentiasa menyampaikan kepada orang lain ilmu yang kita tahu. bayangkan kita menyampaikan ilmu yang berguna, pahala akan bertambah2 selagi mana ada orang yang mengamalkannya. wah macam bisnes pulak kan, ya kita sekarang sedang berbisnes! kan Allah swt ada menawarkan suatu perniagaan untuk kita, perniagaan apa tu? bisnes online ke?? mari tengok ayat quran ni, masing-masing boleh bukak semak :

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn . Itulah kemenangan yang besar.” Surah As-Saf ayat 10-12

Kawan-kawan, adik, kakak, puan, tuan, ihkwah wa akhowat sekalian,

Allah swt menjanjikan tawaran berniaga denganNya, yang pastinya tidak lain dan tidak bukan akan diberikan ganjaran syurga bagi yang mengetahui. Perniagaan yang sememangnya menguntungkan kita, berbuat amal makruf nahi mungkar. 



Kesimpulannya, menyampaikan sesuatu yang baik adalah satu perniagaan kita dengan Allah swt yang menjanjikan "bonus"  yang tidak terkira banyak. Kepada yang masih ragu, mulakan hari ini dengan menyebarkan sebanyak mungkin ilmu-ilmu yang bermanfaat, walau tidak nampak di dunia hasilnya =)

berniagalah dengaNya selagi masih bernyawa! 
## Dakwah menuju Allah










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...