Sunday, 20 July 2014

SHAKLEE: MY TURNING POINT

Assalamualaikum wbt sahabat pembaca yang dikasihi kerana Allah swt. Sesungguhnya  semua orang Islam itu bersaudara =)

Alhamdulillah, kehidupan saya sekarang mungkin lebih stabil berbanding dahulu. Bergelar graduan yang memiliki segulung ijazah dalam bidang pengajian Islam pengkhususan Dakwah dan Pengurusan antara impian yang saya telah capai saat ini. Hasrat untuk menyara keluarga dengan hasil titik peluh sendiri merupakan langkah pertama saya setelah menamatkan pengajian di Universiti. orang cakap balik nanti jadi ustazah mengajar. asas berniaga jauh sekali memang takda pun, latar belakang keluarga bukan jenis yang berniaga, hanya keluarga sederhana. walau apa pun, shaklee adalah langkah pertama saya dalam bidang perniagaan. Syukur ke hadrat Ilahi dengan segala limpah kurniaNya.

Akan tetapi, mengimbas kembali situasi sebelumnya;  keluarga saya yang selalu mempunyai masalah kesihatan. Keluarga sebelah mak saya mempunyai pelbagai latar belakang penyakit seperti penyakit jantung, kanser, kencing manis dan darah tinggi. Memang hebat dan berisiko tinggi semua penyakit-penyakit mereka, kata doktor penyakit pembunuh nombor satu! manakala di pihak keluarga sebelah ayah, ada juga diabetes, darah tinggi dan kanser. apa yang menakutkan, mak saya telah disahkan mendapat masalah komplikasi jantung pada ketika umur masih 30 an pada serangan kali pertamanya, mak terus dikejarkan ke wad ICU, Allahuakhbar, sedangkan semua tahu mak saya pada ketika sebelumnya seorang yang aktif dan sihat. Tersilap langkah, mak saya tidak dapat mendiagnos penyakitnya sejak awal, mungkin pada ketika itu maklumat kurang dan sebagainya .  Subhanallah,saya masih berumur 15 tahun, tidak tahu apa yang doktor bicarakan tentang penyakit mak.

Beside of that, makin hari saya jadi bertambah prihatin dan banyak mencari maklumat tentang penyakit mak terutamanya yang berkaitan dengan penyakit jantung. Ini kerana, saya mahu mak saya sihat seperti biasa, deep from my hearth! menangis semua toksah kira la, saya anak yang sulong dan pastinya perlu menjaga keperluan adik-adik yang lain. saya tabahkan juga demi keluarga. yang selalu membuatkan saya jadi lebih kuat dan terharu apabila beliau sendiri berjuang melawan kesakitan demi kami, tidak menangis di depan kami serta selalu pretend that she will be fine! walau saya sendiri menyaksikan peritnya jarum-jarum dan wayar-wayar yang berselirat di tubuh beliau. saya bersusah payah untuk sentiasa berfikir positif bahawa mak saya akan baik, insyaallah walaupun doktor dan keluarga yang lain tidak dapat pastikan iya atau tidak.


Syukur Allhamdulillah berkat doa semua, kini kesihatan mak saya makin baik, cuma masih perlu berjumpa doktor untuk konsultasi ubat dan rawatan. mak seperti yang disarankan oleh doktor perlu dibedah jika mahu, tetapi atas alasan-alasan tertentu mak saya menolak. Saya masih lagi sentiasa mencari informasi-informasi baru perubatan moden/alternatif untuk tingkatkan kesihatan mak saya.

betul kata pepatah. Jika rasa kesihatan itu mahal, cubalah rasa kesakitan! mencegah memang jauh lebih baik dari merawat.

atas sebab kurangnya ilmu tentang kesihatan itu jugalah mak saudara saya meninggal dunia, beliau sakit kanser tulang tahap empat. Doktor cakap kanser tulang antara kanser yang paling tersakit antara kanser yang lain, ya itu saya boleh buktikan sendiri! saya menyaksikan kepayahan beliau mengharungi kesakitan dan tiap masa berjuang untuk sihat agar beliau dapat bersama lagi dengan anaknya. Kimoterapi sudah di buat tetapi kesannya juga bertambah teruk, oleh kerana badan beliau tidak dapat menerima dos yang terlalu kuat. badan beliau usah di kata, terlalu kurus cengkung hanya ada tulang dan kulit. kesan kimoterapi terlalu teruk sehingga pengsan, muntah dan kekurangan sel darah merah.

Rezeki umur beliau tidak panjang, setelah 2 tahun lebih menderita sakit kanser tulang, Allah mengambil kembali nyawa beliau. dalam keadaan tenang. semoga kesakitan beliau menjadi asbab terhapusnya dosa-dosa yang lalu. ameen Ya Rabb.


Melalui mereka semualah yang menjadi kekuatan kenapa saya terus berkongsi pada anda semua.

Pengalaman melihat kesakitan, penderitaan ahli keluarga dan juga kawan-kawan saya membuatkan saya rasa perlu buat sesuatu untuk mencegah. saya sering tertanya apa perlukah saya mula mengambil ubat kolesterol, sakit jantung, diabetes sebelum saya mengidap semua itu untuk pencegahan? kerana ada banyak faktor penyebab penyakit-penyakit ini seperti faktor keturunan, kerana kata doktor 20% - 30% risiko penyakit boleh diwarisi melalui keturunan., tapi yang lebih utama perlu ke kita hanya menunggu untuk perkara-perkara itu berlaku dan serahkan semuanya pada takdir?? ingat ye kawan-kawan, Allah tidak akan mengubah apa-apa pun sehingga diri kita yang berusaha untuk mengubahnya!

saya sebagai orang yang sedar dan telah tersedar akan hakikat itu, merasakan tidak mahu lagi masalah yang sama berulang kepada keluarga dan juga lebih ramai orang. jangan jadi "mangsa" kepada masalah kesihatan kerana puncanya tidak ada ilmu atau maklumat yang betul bagaimana nak sihat yang sebenar-sebenarnya sihat!

SHAKLEE bukan sekadar produk dan bisnes, tetapi lebih daripada itu bagi saya. saya kongsi sedikit pengalaman yang ada untuk dijadikan pengajaran untuk anda. sebarang maklum balas produk dan info kesihatan shaklee, sila berhubung dengan saya di :

independent distributor ID 1155918
fb : isma amanina
page : nor ismalina vitamin
emel : ismalina90@yahoo.com
019-4140847

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...