Saturday 20 September 2014

7 Tips Untuk Mengelakkan Diri Daripada Jatuh Sakit

Assalamualaikum sahabat pembaca semua, 
alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi kesempatan dengan nikmat kesihatan dan oleh kerana itu, kita mesti menjaga nikmat yang Allah swt kurniakan dengan sebaik mungkin. gunakan nikmat kesihatan untuk kebaikan dan manfaat manusia lain.

 ok, jom terus membaca tips-tips kesihatan dan bagaimana anda boleh elak daripada jatuh sakit! mudah ja kalau ikut tips ini.

1. Sentiasa muda! 
Langkah yang paling penting untuk mengelakkan penyakit adalah dengan memastikan sistem daya ketahanan badan sentiasa berada dalam keadaan yang unggul. Perkara ini teramatlah penting sehinggakan enam panduan lain yang akan menyusul semuanya berkaitan dengan pelbagai cara untuk meningkatkan sistem pertahanan badan anda. Manusia jatuh sakit kerana daya tahan badan mereka telah gagal melaksanakan tugasnya. Kunci utama untuk mengelakkan penyakit adalah melalui peningkatan daya tahan badan.
Daya ketahanan badan anda berada pada tahap yang paling kuat dan optimum semasa anda masih muda. Sebab itulah orang muda jarang mempunyai penyakit berbanding mereka yang sudah berumur. Individu yang berumur antara 18 hingga 25 tahun berada pada puncak kesihatan mereka kerana mereka mempunyai sistem pertahanan badan yang paling unggul. Anda dapat melihat sendiri betapa sihatnya mereka ini dan jarang jatuh sakit walaupun cara hidup mereka tidaklah begitu sihat.

2. Sentiasa tenang dan bahagia!
Cuba anda kenal pasti siapa di antara sahabat anda yang sentiasa tersenyum bahagia dan gembira. Berkemungkinan orang itu adalah orang yang paling sihat antara teman-teman anda. Kebahagiaan adalah kunci kepada kesihatan sejati. Individu yang bahagia dan gembira jarang mengalami tekanan perasaan dan perkara inilah yang menyebabkan mereka begitu sihat. Langkah kedua untuk mengelakkan jatuh sakit adalah dengan cara hidup gembira dan bahagia tanpa tekanan perasaan yang boleh memudaratkan.
Umum mengatahui bahawa semakin tertekan seseorang itu dalam kehidupan sehariannya, semakin mudah seseorang itu jatuh sakit. Penyakit itu tidak semestinya dalam bentuk batuk dan selsema sahaja. Tekanan perasaan yang berlarutan juga boleh menyebabkan penyakit darah tinggi, kencing manis dan barah. Tiga penyakit tersebut merupakan pembunuh nombor satu pada masa ini. Dengan itu tidak salah jika kita katakan bahawa tekanan perasaan merupakan pembunuh utama di kalangan masyarakat kita sekarang ini. Terdapat banyak cara untuk mengelakkan tekanan di dalam hidup kita. Bagaimanapun salah satu cara yang paling berkesan tersingkap dalam ayat ini – ‘Jangan susah, sentiasalah bergembira’ atau la tahzan innallah ma'ana (jangan sedih sesungguhnya Allah ada bersama). Untuk mengelakkan diri daripada jatuh sakit, sentiasalah bergembira. Carilah kebahagian melalui apa cara sekalipun. Cipta kegembiraan dalam diri kita dan biarlah semua sel-sel dalam badan kita berada dalam kegembiraan. Jika anda belum menemui kebahagiaan itu, berpura-puralah gembira sehingga anda bertemu dengan kegembiraan yang sebenar. Kerana jika anda tidak dapat menemukan kegembiraan and kebahagian dalam hidup anda, anda pasti akan jatuh sakit.

3. Tidur secukupnya.
Setiap orang harus tahu bahawa tidur mempunyai beberapa peringkat. Peringkat yang paling penting dipanggil REM atau Rapid Eye Movement. peringkat tidur ini adalah tahap tidur yang paling nyenyak di mana mimpi selalunya berlaku. REM selalunya berlaku selepas kita tidur selama 30 – 90 minit. Pada tahap inilah badan kita mengalami rehat yang paling dalam dan dianggap sebagai tidur yang sebenar. Tidurlah sekitar 6 hingga 8 jam sehari.Tidurlah dengan secukupnya
Sudah diketahui bahawa semasa anda tidurlah badan anda membaik pulih daripada pelbagai jenis penyakit. Sel – sel badan menjalani proses pemulihan sekaligus menguatkan daya ketahanan badan anda supaya anda mempunyai perlindungan sepanjang hari yang berikutnya. Proses pemulihan ini sebenarnya bergantung kepada rembesan hormon yang bernama ‘Human Growth Hormone’ atau HGH daripada otak kita. Tanpa rembesan hormon ini, pemulihan dan penyembuhan tidak dapat berlaku sepenuhnya.
Untuk pengetahuan anda, rembesan hormon HGH ini hanya berlaku pada masa tertentu semasa anda tidur. Ini adalah disebabkan oleh ritma biologi di dalam badan manusia. Kajian menunjukkan bahawa hormon HGH ini hanya dirembeskan sekitar jam 1.00 pagi ketika kita berada dalam peringkat tidur REM. Oleh kerana REM hanya boleh dicapai selepas 30 – 90 minit tidur, maka kita sepatutnya mulai tidur sekitar jam 11.00 malam untuk menikmati kesan rembesan HGH yang memulihkan kesihatan ini. Bagaimanapun, mereka yang mengalami penyakit ‘Obstructive Sleep Apnea’ tidak dapat menikmati kesan ini kerana mereka ini sebenarnya tidak dapat tidur dengan nyenyak untuk mencapai REM. Jika anda selama ini sentiasa tidur lewat tengah malam, maka tidak hairanlah anda sentiasa mengalami batuk dan selsema yang sukar untuk sembuh.

4. Jangan makan terlampau kenyang
Makan sehingga terlalu kenyang boleh menyebabkan anda mudah jatuh sakit. Keadaan ini sudah pun terbukti dalam pelbagai kajian perubatan. Untuk menjalani hidup yang sihat, anda mesti mengurangkan pengambilan makanan secara ala kadar sahaja. Kalau boleh, berhenti makan sebaik sahaja perasaan lapar itu hilang dan bukannya makan sehingga kenyang.
Cuba anda fikirkan sejenak tentang cerita nenek moyang kita berkaitan dengan pahlawan dahulu kala yang dikatakan selalu bertapa di hutan dan tempat-tempat suci. Cerita mereka selalunya berkisarkan tentang betapa gagah, bijak dan sihatnya pahlawan ini sehinggakan orang lain mencari mereka untuk berguru dan mempelajari ilmu kekuatan, kebijaksanaan serta penyembuhan dari mereka. Pastinya ada kebenaran di sebalik semua cerita dongeng ini. Mereka yang bertapa selalunya hampir tidak makan langsung kecuali beberapa bentuk makanan yang berkhasiat dan dalam jumlah yang sedikit sekali. Keadaan inilah yang membolehkan mereka mempunyai tahap kesihatan, kekuatan dan kebijaksanaan yang lebih berbanding mereka yang tidak bertapa. Sekarang ini para saintis telah meniru keadaan ini dalam kajian yang dipanggil ‘calorie restriction with adequate nutrition, CRAN’ yang secara harafiahnya bermaksud ‘pengurangan makanan tanpa pengurangan khasiat’. Kajian menunjukkan bahawa CRAN memang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi lebih sihat, kuat dan berpikiran pantas.
CRAN juga telah dikenal pasti sebagai salah satu cara untuk menyembuhkan penyakit dengan lebih baik berbanding dengan ubat-ubatan. Bahkan kajian dan pemerhatian telah menunjukkan bahawa jika kita berada dalam keadaan CRAN, sel-sel yang akan mati terdahulu adalah sel yang berpenyakit dan sel barah. Kita semua seharusnya berada dalam keadaan CRAN, iaitu mengurangkan makanan tanpa mengurangkan khasiat.
Kajian juga telah membuktikan bahawa semasa anda lapar, sejenis hormon yang bernama IGF-1 akan dirembeskan oleh hati manusia untuk mengekalkan tahap gula dalam badan supaya kelaparan itu tidak memudaratkan. Pada masa yang sama, hormon ini juga akan memulihkan dan membaiki sel-sel yang telah rosak.
Badan anda sebenarnya sedang berada dalam tahap pemulihan apabila anda lapar. Apabila anda makan, tahap pemulihan ini bertukar kepada tahap menyimpan. Apabila anda kenyang, anda mula berada dalam tahap rosak sama seperti system komputer yang sedang ‘overloaded’. Jadi untuk mengelakkan jatuh sakit, pastikan anda berada dalam tahap pemulihan (lapar) sebanyak yang mungkin.

5. Jangan meracuni diri anda
Ramai orang sangat berhati-hati apabila mengisi tangki minyak kereta mereka tetapi tidak mengambil berat tentang apa yang masuk ke dalam mulut mereka. Mereka selalunya membeli pelbagai minyak penambah, minyak pembersih, penjimat minyak dan pembersih enjin untuk kereta mereka tetapi tidak melakukan yang sama terhadap diri mereka. Mereka berpendapat bahawa kereta mereka itu sangat mahal dan bermutu tinggi dan seharusnya dijaga dengan sebaik mungkin. Bagaimanapun, individu yang sama tidak berpendapat bahawa diri mereka juga memerlukan makanan yang bermutu tinggi. Mereka seolah-olah lupa bahawa badan mereka hanya satu dan tidak ada bahan ganti yang lain.
Cerita sedih ini tidak berakhir begitu sahaja. Ada orang yang dengan sengaja menghancurkan diri mereka. Bukan sahaja mereka memilih ‘minyak’ (makanan) yang salah untuk badan mereka, malah mereka sengaja meracuni badan merekadengan dua jenis racun yang paling senang diperolehi – rokok dan alkohol. Langkah pertama untuk menjalani hidup yang sihat adalah dengan mengelakkan dua jenis racun ini. Jika anda tidak dapat melaksanakan langkah ini, maka segala latihan jasmani, pengambilan vitamin, makanan berkhasiat, pemeriksaan perubatan dan pelbagai penjagaan kesihatan yang lain adalah sia-sia belaka. Ini seumpama mereka yang menghabiskan ribuan ringgit untuk memasang enjin turbo petrol kepada kereta mereka tetapi mengisi tangkinya dengan minyak diesel! Ia sangat cuai dan membazir sahaja!
Bagi kebanyakan orang, mengelakkan pengambilan rokok dan alkohol – adalah cukup berkesan untuk menjauhkan diri daripada sebahagian besar penyakit yang sering melanda.

6. Bersihkan kumbahan anda yang tersumbat
Sistem kumbahan dalam badan anda adalah sistem limpatik. Sistem ini terdiri daripada jaringan pembuluh di segenap pelusuk badan anda yang berfungsi sebagai parit untuk mengalirkan semua bahan buangan keluar dari badan. Untuk mengelak daripada jatuh sakit, parit-parit ini sudah semestinya perlu dibersihkan dan dikosongkan selalu. Jika tidak, bahan buangan dan kotoran akan berkumpul dan melimpah dalam badan anda dan menyebakan pelbagai jenis penyakit,
Tidak seperti pembuluh darah yang mempunyai jantung sebagai pamnya, pembuluh limpatik tidak mempunyai sebarang pam. Pembuluh limpatik hanya mempunyai injap yang membenarkan pengaliran bahan buangan dalam satu arah sahaja. Tanpa pam, bahan buangan ini hanya bergantung kepada satu perkara sahaja untuk mengalir – iaitu pergerakan otot.
Latihan jasmani adalah satu-satunya cara untuk memberi daya pam kepada pembuluh limpatik. Sebarang pergerakan otot akan membantu pengaliran bahan buangan mengikut arah yang ditentukan oleh injap tersebut. Bagaimanapun hanya semasa latihan jasmani yang cergas sahaja kesemua pembuluh limpatik ini dapat dibersih dan dikosongkan. Sekadar bergerak dari katil ke meja makan tidaklah dapat membantu pengaliran bahan buangan secara berkesan. Seseorang yang tidak selalu beriadah akan menyebabkan pembuluh limpatiknya penuh dengan bahan buangan yang kotor sehinggakan tersumbat dan melimpah keluar.
Bahan buangan ini pula penuh dengan bahan yang menyebabkan penyakit. Semakin lama bahan ini tersimpan dalam pembuluh limpa, semakin mudah seseorang itu jatuh sakit. Dalam pembedahan barah payu dara, pembuluh limpatik di tangan selalunya dikeluarkan untuk membuang bahan barah yang tersimpan di dalam pembuluh tersebut.
Pada masa ini, ramai orang memandang ringan untuk membersihkan dan mengosongkan pembuluh limpatik mereka dengan cara beriadah. Sebab itulah ramai orang jatuh sakit kerana pembuluh bahan buangan mereka tersumbat dan melimpah. Kotornya!


7. Beri makanan dan senjata kepada askar anda
Badan anda mempunyai ‘tentera’ yang melindungi anda dari serangan kuman dan virus. Askar ini adalah dalam bentuk sel darah putih. Untuk askar-askar ini bertarung dengan berkesan, mereka haruslah dilengkapi dengan senjata seperti antibodi, enzim pemusnah, sitokain dan pelbagai lagi bahan lain. Pada masa yang sama, askar ini harus diberi makan dengan vitamin, mineral, anti-oksida dan bahan lain lagi. Untuk mengelakkan daripada jatuh sakit, askar anda seharusnya sentiasa diberi makan dan dilengkapi dengan senjata. Pernahkah anda memberi makan dan memperlengkapi senjata askar anda dengan makanan dan senjata yang paling canggih?
Bagaimanakah vaksinasi boleh membantu askar-askar anda? Vaksinasi adalah satu proses di mana virus mati atau bahan dari kuman yang sudah hilang bisanya disuntik ke dalam badan. Askar anda akan segera mengenali bahan suntikkan ini sebagai musuh dan terus menghasilkan senjata yang sesuai untuk menghapuskannya. Jika sekiranya suatu hari nanti virus atau kuman yang hidup menjangkiti badan, tentera yang sama akan terus mengenal pasti musuh tersebut dan terus memusnahkannya dengan senjata yang sudah tersedia dari ‘pertempuran’ yang sebelumnya. Dengan cara ini, kuman tersebut boleh dimusnahkan tanpa badan kita mengalami gejala penyakit.
Vaksinasi adalah satu cara anda melatih askar-askar di dalam badan anda. Bagaimanapun latihan itu tidaklah bermakna sekiranya askar-askar tersebut berada dalam keadaan lapar atau tidak bersenjata. Inilah yang menyebabkan vaksinasi itu tidak berkesan dalam kes-kes tertentu. Ini berlaku apabila seorang yang disuntik itu tidak berada dalam keadaan yang cukup sihat. Bahkan dalam senario ini, seseorang yang divaksinasi itu mungkin akan jatuh sakit kerana sengaja mendedahkan diri kepada penyakit yang sepatutnya beliau sudah kebal, walhal vaksinasi tersebut tidak pun berfungsi seperti yang dikehendaki.

Jadi untuk mengelakkan daripada jatuh sakit, pastikan anda memberi makanan dan senjata yang mencukupi kepada askar-askar anda. Sekiranya anda sentiasa batuk dan selsema, sudah pasti askar anda tidak berada dalam keadaan yang cukup kuat. Ini juga bermakna anda boleh jatuh sakit bila-bila masa sahaja akibat pencerobohan dari musuh luar.

rujukan: 
http://www.mmgazette.com/7-tips-untuk-mengelakkan-diri-daripada-jatuh-sakit-dr-rizin-kusop/

shaklee sangat sensitif dengan isu kesihatan dan ada produk kesihatan shaklee sangat sesuai dengan masalah kesihatan anda! 
saya cadangkan anda ambil VIVIX untuk kekal muda bertenaga!




hanya dengan satu botol vivix boleh meningkatkan kualiti kesihatan anda.

berminat?
sila hubungi saya  atau terus klik di aplikasi online di atas.

saya jual shaklee.
ID 115918
INDEPENDENT DISTRIBUTOR POKOK SENA (KEDAH)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...