Tuesday 16 September 2014
Apakah serangan jantung? amaran kepada anda yang mungkin berisiko tinggi
Faktor-faktor risiko untuk serangan jantung adalah:
Walaupun terdapat peningkatan yang ketara dalam pengurusan serangan jantung secara keseluruhan, malangnya kebanyakan kematian berlaku sebelum sempat tiba di hospital. Kesilapan yang biasa dibuat oleh pesakit adalah kelewatan dalam mendapatkan rawatan perubatan atau kecemasan. Mereka sama ada tidak mengendahkan simptom-sipmtom tersebut, berharap bahawa sakit dada itu akan reda atau menganggap ia disebabkan masalah kesihatan lain seperti ketidakhadaman perut. Kelewatan ini akan memberi lebih tekanan pada otot jantung yang telah kekurangan bekalan dan peredaran darah, seterusnya ianya tidak dapat dipulihkan dan kerosakan jantung akan berlaku. Jika tidak dirawat dengan segera atau mereka yang terselamat akibat dari serangan jantung akan mengalami komplikasi lanjut seperti kegagalan fungsi jantung. Kebiasaannya mereka akan mengadu sesak nafas ketika melakukan senaman mahupun ketika sedang berehat.
Sejurus tiba di hospital, berdasarkan jenis serangan jantung (melalui pemeriksaan ECG dan ujian darah), doktor yang merawat akan menentukan rawatan yang paling sesuai untuk pesakit. Ia mungkin terdiri daripada ubat-ubatan yang berasaskan-prosedur sepertiangioplasty (pembedahan nyah-halang saluran darah). Selepas penstabilan di Jabatan Kecemasan, pesakit akan dimasukkan ke wad untuk menerima rawatan dan juga pemerhatian lanjut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment