Assalamualaikum semua,
semoga diberi keberkatan umur yang panjang dan rezeki yang halal.
alhamdulillah ramai yang sudah melaksanakan ibadah qurban pada hari raya aidiladha. ada yang qurban lembu, daging, kerbau dan sebagainya.
tetapi, ada yang bertanya apakah boleh dan hukumnya buat qurban pada orang yang meninggal??
ha, pakat mai tanya ustazah/ustaz na. (rancangan tanyalah ustazah).gurau saja tuan puan!
ok, baik saya jawab yang semampu saya mengikut rujukan Al-Quran dan al-Hadis.
teruskan membaca supaya kita sentiasa celik hukum dan isu semasa dalam Islam, arigato!
adakah boleh melaksanakan ibadah qurban kepada orang/ahli keluarga yang sudah meninggal dunia?
Amalam korban (udhiyah) menurut jumhur ulama’ adalah Sunnah
Mu’akkadah (Sunat Yang Sangat Dituntut) dilakukan oleh mereka yang masih hidup.
Ada beberapa keadaan yang dilakukan korban bagi pihak si mati :-
a. Jika si mati telah meninggalkan wasiat agar wang yang ditinggalkan itu digunakan untuk amalan korban, maka hendaklah mereka yang hidup melakukan korban bagi pihak si mati.
b. Ketua rumah juga boleh melakukan korban bagi pihak dirinya dan keluarga,termasuklah keluarganya yang masih hidup dan yang telah mati. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi .
c. Melakukan korban secara sukarela dan berasingan kepada si mati dibolehkan berdasarkan umum maksud hadith berikut :-
Dalil Yang Membolehkan Untuk Melakukan Korban Untuk Seseorang Yang Sudah Meninggal Dunia
Hadith Nabi SAW :
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau Anak Soleh yang mendoakan ke atasnya“
“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang dimanfaatkan dengannya, atau Anak Soleh yang mendoakan ke atasnya“
RIwayat Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Al-Nasaa’i
wallahualam.
adapun yang nak beli order shaklee, sila-silakan. pakat mai tengok na!
No comments:
Post a Comment