Wednesday, 29 October 2014

Tips penting untuk pemandu wanita; kereta dilanggar: apa perlu di buat?

Assalamualaikum semua =)

Alhamdulillah, bersua kembali dalam entri yang seterusnya.

sekarang makin banyak yang melakukan kesalahan di atas jalanraya, tidak ikut lampu isyarat ketika lampu merah, ada jugak tu yang memang tak guna signal kereta untuk membelok ke kiri dan kanan (dalam erti kata lain, sigh signal tu hanya buat hiasan kereta jelah kan)., tidak cukup dengan itu, ada juga yang tidak bersabar ketika memandu, terlambat sikit kenderaan di depan terus dibunyikan hon. 

ini semua berlaku ada kaitannya dengan sikap peribadi seseorang individu tersebut. kadang mood marah memandu kereta pun akan jadi laju dan tidak terkawal disebabkan keadaan emosi yang terganggu. 

apa salahnya kan dalam kereta sambil memandu pergi kerja pasang dan dengar alunan zikir atau al-quran, insyaallah tenang jiwa. pasti tak jadi nak marah!

baiklah, jika anda wanita dan selalu memandu kereta seorang diri ke mana-mana,. ini ada panduan yang berguna dan penting untuk anda. mungkin anda boleh gunakan ia bila terjadi kepada anda dan teman-teman/keluarga terdekat. ilmu penting!


1. Jika ada org langgar kereta anda dari belakang, jgn panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas. 

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda. 

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dsg, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam. 

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda td. 

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dgn baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, jangan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik dan kasar.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain
Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yg lain.

7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. hanya bagitahunya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu. 

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi saya ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan utk menilai berapakah kerosakan kereta anda. 

Kalau boleh terus pergi, jangan bertangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus. 

10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti. 

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran. 

13. Dengan report polis tadi pergi ke jpj dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.


15. selain daripada yang diatas, bacalah atau ambil tahu sedikit sebanyak info berkaitan undang-undang jalanraya. sekurangnya boleh tahu apa hak kita jika berlaku keadaan yang tidak kita inginkan.

semoga anda semua dalam lindungan dan keberkatan Allah swt selalu =)


berminat untuk beli produk shaklee?
saya jual shaklee
pengedar sah shaklee Kedah (pokok sena) & seluruh Malaysia.
ID 115918
Call/sms 013-6423449 (isma amanina)
fb: isma amanina
page: kedai sihat amanina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...