Sunday 30 November 2014

info bisnes shaklee: kelebihan beli barang secara online bersama shaklee





Assalamualaikum semua,
dewasa kini makin ramai yang membeli barang secara online atau "atas/dalam talian" , dek kerana terlalu canggih teknologi terkini dapat memudahkan, membantu dan melancarkan kehidupan seharian masyarakat. kegunaan teknologi ini adalah bagi membantu membayar bil elektrik, perbankan, membeli belah dan sebagainya tanpa perlu keluar rumah, traffic jam dan sebagainya. apa yang penting, teknologi ini sangat memberi kelebihan kepada kaum wanita terutama kaum ibu, hanya duduk di rumah dan klik di laptop/komputer untuk urusan pembelian barang-barang di laman web tertentu. mudah bukan?

tinggal untuk kita aplikasikan sahaja. ada jaringan internet dan laptop semuanya boleh!

begitu juga shaklee, menawarkan proses pembelian secara online kerana memikirkan masyarakat yang semakin sibuk dan lebih selesa membeli secara dalam talian. shaklee membawa aplikasi terbaru ini bagi memudahkan pelanggan untuk menikmati manfaat yang sama dan pastinya kesihatan terjaga.

hanya klik di sini  shaklee store dan secara langsung anda boleh terus membeli belah dan duit anda adalah selamat terus ke akaun bank syarikat SHAKLEE dan bukan ke akaun bank individu. anda bebas membuat keputusan dan membeli barang yang anda sukai.

Anda boleh layari laman web utama shaklee untuk maklumat lanjut http://www.shaklee.com.my/

kelebihan beli barang online shaklee?

  • jimatkan masa. tak payah lagi beratur atau bersesak-sesak di shopping mall, jalan raya dan parking.masa yang ada boleh luang bersama anak dan keluarga atau buat aktiviti kegemaran anda.
  • jimatkan minyak kenderaan anda, sekarang kan harga minyak naik.
  • tak payah pening kepala cari parking, tak panas sehingga nak pitam.
  • bisnes online shaklee adalah selamat digunakan, duit bank in anda terus masuk ke akaun syarikat shaklee. boleh hubungi terus kalau was-was,insyaallah mereka mesra melayan pertanyaan anda. penyata/resit pengesahan order anda pun akan terpapar di laman web shaklee apabila anda telah selesai membuat pembelian. 
  • anda tidak akan rugi kerana produk shaklee berkualiti dan selamat digunakan. sesuai untuk semua golongan.



tips membeli secara online:

1. Kunjungi laman membeli belah di internet 

2. Cari dan pilih barangan. 

3. Pilih cara pembayaran dan masukkan data yang diminta. 

4. Jawapan sama ada pembelian anda berjaya atau tidak akan dimaklumkan di laman yang sama

5. Jika berjaya, jangan lupa mencetak dan menyimpan setiap Dokumen yang berkaitan dengan pembelian anda. Ini juga boleh menjadi rujukan jika berlaku masalah ketika proses penghantaran. Anda juga memerlukan document ini jika ada kerosakan sebaik barangan tiba ke tangan anda.pembayaran melalui internet.

6. Kad kredit paling mudah dan selamat. Bagaimanapun, jangan dedahkan nombor keselamatan sosial untuk mengelakkan identiti anda dicuri.
- Kad debit
- Cek
- Kiriman wang
- Paypal iaitu perniagaan e-commerce yang membolehkan pembayaran dan penukaran wang melalui internet yang ditawarkan oleh ebay.

** tetapi kalau nak mencari ilmu tu jangan hanya di laman-laman web atau atas talian sahaja ye. wajib berguru, lebih bayak pahala jika sanggup berhujanan, bersesakan trafik jalan raya, cuaca yang tidak selesa dan ceramah-ceramah yang tiada butang "pause" tu ok. jadikan "atas talian" itu sebagai menuntut ilmu/rujukan tambahan bagi melengkapkan ilmu-ilmu sedia ada. wallahualam.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...