Monday 8 December 2014

info shaklee: awas kerap sakit pinggang, petanda batu karang di saluran kencing


Adakah anda kerap mengalami rasa sakit pinggang? Begitu juga jika ingin membuang air kecil, berasa tidak selesa dan pundi kencing terasa sakit berdenyut-denyut?

sakit sehingga susah nak buat kerja? dah mencuba berbagai rawatan tapi tetap tidak sembuh?

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan ‘batu’. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic – sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Terdapat pelbagai kaedah atau perubatan yang boleh dilakukan, salah satu daripadanya adalah mengambil ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.



Ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:
Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

jika anda mengalami masalah di atas, segeralah merujuk pakar agar tidak berlarutan sehingga menimbulkan masalah kesihatan yang lain. Adapun begitu, seiring dengan teknologi semasa taraf teknologi kesihatan makin dipertingkatkan bagi menawarkan pakej kesihatan yang baik kepada masyarakat. Shaklee bangkit seiring zaman membawa teknologi peningkatan kesihatan yang baik kepada semua. Anda boleh mencuba dan saya sarankan anda menggunakan vitamin shaklee untuk atasi masalah batu karang, set batu karang shaklee.  

ketahui cara elakkan dari batu karang

  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
disamping itu, petua yang paling mudah dan mujarab untuk batu karang adalah minum banyak air putih. kekurangan air putih adalah penyebab utama terjadinya batu karang.

sirru ala barakatillah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...