Assalamualaikum semua,
cukup ke tidak kunyah makanan tu? jangan terus ditelan udah la sahabat-sahabat.
ok, baik dewasa atau kanak-kanak semuanya tetap perlu mengunyah semasa makan. Tetapi ada di kalangan anak-anak malah orang dewasa yang tidak mengunyah dengan betul.
Apakah risiko yang akan dialami oleh kanak-kanak yang tidak mengunyah dengan betul?
Adakah ianya akan mempengaruhi pertuturan dan sistem penghadamannya?
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan menunjukkan orang biasa mengunyah setiap gigitan makanan mereka antara 14 hingga 20 kali sebelum menelan. Untuk pengetahuan anda semua, mengunyah dapat merangsang pengeluaran air liur yang mengandungi enzim alfa-amilase dan membantu penghadaman seluruh makanan yang diambil. Seterusnya, tindakan enzim amylase berakhir apabila makanan dicerna memasuki usus kecil.
Semasa seseorang mengambil makanan, usus kecil mempunyai keupayaan mengeluarkan hormon (neurotransmitter) yang akan dibawa melalui darah kepada pusat mengesan "rasa kenyang dan penuh" di otak. Ini mengambil masa lebih kurang 20 minit untuk berlaku. Oleh itu mengunyahlah dengan perlahan-lahan ye semua.
Apa yang penting, kebanyakkan kanak-kanak yang telah melepasi peringkat umur di mana makanan yang disediakan lembut dan hancur yang boleh dan mempunyai gigi yang baik berkeupayaan untuk mengunyah dengan baik. Yang penting berilah makanan yang seimbang pada anak-anak anda.
Punca & panduan mengatasi tabiat suka menelan makanan di kalangan anak-anak:
- Tabiat ibu bapa mesti selalu aktif menunjukkan cara makan, termasuk mengunyah makanan dengan betul untuk diikuti oleh anak anda.
- Kehadiran alat pendakap gigi yang bermasalah boleh memberi kesan kepada makanan yang diambil. Jika alat pendakap gigi menjadi punca anak tidak mengunyah makanan dengan baik, ibu bapa perlu ubah suai bentuk makanan supaya ianya lebih mudah untuk dikunyah dan ditelan.
- Tidak berupaya untuk mengunyah boleh disebabkan oleh kehilangan gigi, penyakit gusi dan kerosakan gigi. Kanak-kanak yang mempunyai masalah ini perlu dibawa berjumpa doktor gigi untuk dirawat.
- Masalah mulut dan tekak kering boleh menjadi tanda penyakit-penyakit tertentu atau boleh disebabkan oleh ubat-ubatan tertentu atau kesan sampingan rawatan perubatan. Masalah ini boleh dikurangkan dengan banyak minum air, mengulum gula-gula untuk merangsang lebih banyak air liur dihasilkan oleh kalenjar air liur dan mengelakkan makanan pedas atau masin jika ia menyebabkan sakit di dalam mulut.
- Masalah ulser atau luka-luka di mulut, biasanya pada pangkal gusi, di bibir dan dinding dalam mulut.
- masalah gigi geraham rosak atau sakit, rawatlah kerosakan gigi anak dengan segera membawanya ke klinik pergigian untuk memudahkan anak mengunyah makanan mereka.
khasiat makanan yang cukup perlu untuk tumbesan anak anda! oleh itu, saya selalu syorkan MEALSHAKE Shaklee untuk si manja anda membesar dengan sihat!
ada promosi mealshake beli 3 dapat 1 sah sehingga 30 September 2014 ini sahaja tau!
Berminat? dapatkan hanya klik aplikasi pembelian online di side bar kanan.
saya jual shaklee, agen sah anda.
013-6423449
No comments:
Post a Comment