Tuesday 18 November 2014

kecantikan dalaman vs kecantikan luaran, yang mana satu pilihanmu?






Dewasa kini bila sebut tentang fesyen, kecantikan dan perhiasan pasti sangat sinonim dengan kaum hawa. tetapi tidak ketinggalan juga untuk kaum adam turut serta menjaga penampilan diri. Dunia sudah moden dan pelbagai istilah digunakan bagi mereka seperti lelaki metroseksual,maskulin dan sebagainya.



Islam tidak melarang umatnya untuk berhias atau memakai perhiasan asalkan tidak melanggari batasan yang ditetapkan dan kena pada tempatnya. Menurut ulamak, hukum asal perhiasan adalah halal dan harus sama ada pada badan, pakaian atau empat tinggal. Keharusan Ini berdasarkan penjelasan Allah dalam ayat berikut;

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
“Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah setiap (memasuki) masjid. Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan” (QS. Al-A‘raaf, 7: 31).


namun begitu, apakah yang menjadi kepentingan anda?

cantik dalaman atau luaran? atau kedua-duanya?


Dari Abdullah bin Salam bahawa dari Nabi s.a.w.,
“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah yang menyenangkanmu jika engkau memandangnya…” (HR at-Thabrani). 

Bahkan dipandang pelik kepada wanita yang bersuami tetapi tidak memakai perhiasan lahir. Abu Musa al-Asy’ari berkata, “Isteri Uthman bin Mazh’un menemui isteri-isteri Nabi s.a.w., maka mereka melihat dia dalam keadaan yang kusut, lalu mereka bertanya kepadanya, ‘Mengapa engkau? Di kalangan Quraisy ini tidak ada lelaki yang lebih kaya daripada suamimu.’ Dia menjawab, ‘Saya tidak mendapatkan sesuatu pun darinya. Kalau siang dia berpuasa, dan kalau malam dia solat sahaja.’ Kemudian Nabi s.a.w. masuk, lalu mereka menceritakan hal itu kepada baginda. Kemudian baginda menjumpai Uthman bin Mazh’un seraya berkata, ‘Wahai Uthman, apakah engkau tidak menjadikan aku sebagai teladan bagimu?’ Dia menjawab, ‘Mengapa begitu, ya Rasulullah, aku rela menebusmu dengan ayah dan ibuku.’ Baginda bersabda, “Engkau sentiasa solat sahaja pada malam hari dan berpuasa pada siang hari, padahal isterimu mempunyai hak terhadap dirimu (yang harus engkau penuhi). Oleh kerana itu, kerjakanlah solat dan tidurlah, berpuasalah dan berbukalah.’ Kemudian sesudah itu isterinya itu datang lagi kepada mereka pada lain kesempatan dengan mengenakan wangian seakan-akan pengantin baru, lalu mereka berkata, ‘Amboi’ Dia menyahut, ‘Saya telah mendapatkan apa yang diperoleh orang lain”. (HR at-Thabrani)


definisi cantik buat anda,

cantik itu sangat subjektif, banyak sekali definisinya. sesuatu yang sedap dipandang oleh mata kasar. pandangan setiap individu pastinya berbeza terkaitan hal kecantikan. Ada yang suka kurus, ada yang tertarik pada yang gemuk berisi, hitam atau putih dan sebagainya.

tetapi adakah kita sedar kecantikan yang berteraskan fizikal sahaja tidak akan bertahan lama kerana cantik diwaktu muda akan luntur di waktu tua. hanya kecantikan dalaman yakni hati akan kekal dan berupaya untuk tukar kecantikan fizikal yang kurang menjadi cantik di mata manusia.

pendek kata, cantik dalam akan terserlah juga kecantikan luaran. muka akan berseri-seri kerana diri yang baik akan menghasilkan sikap yang positif.

begitulah juga jika pasangan tidaklah dalam kategori cantik/hensem tetapi dengan cantiknya dalaman pasangan dengan cahaya iman akan menutup kekurangan fizikal tu.insyaallah.

yang penting, jaga hubungan dengan Allah kerana rumah tangga yang dibina mestilah menjadikan Allah tujuan utama! jika rumah tangga yang dibina didasarkan dengan kecantikan,kemewahan, kemaksiatan,kesombongan dunia tidak akan berkekalan. asbab niat yang tidak betul!

jangan pandang remeh niat kerana dalam Islam niat adalah perkara utama dalam melakukan sesuatu. Allah akan bagi pada apa yang kita niatkan.

jika kamu minta isteri yang cantik, maka apabila sudah tua tidak lagi indah di pandangan mata kamu, pasti kamu akan ceraikan dan melihat perempuan yang cantik kerana niatmu tadi adalah cantik.

berfikirlah dengan unsur emosi dan kerohanian daripada hanya berfikir rasional minda.

jika manusia berfikir secara sentuhan emosi dan rohani pasti akan ada jalan penyelesaian di sebalik masalah. fikir semula cantik itu milik siapa?

jangan cari isteri yang cantik, tapi sebaliknya carilah kecantikan isteri!





pengedar sah shaklee (ID 1155918)
Facebook: isma amanina/kedai sihat amanina
sms/call 013-6423449
independent distributor kedah & seluruh malaysia.

let's healthy with shaklee!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...