Sunday 16 November 2014

Walimah & shaklee: Tips untuk anda yang mahu menawan tanpa mekap yang tebal di hari perkahwinan! anda bride to be ke?



Assalamualaikum semua pengunjung blog,
Terima kasih kepada semua!

alhamdulillah bulan November dan Disember ini saya banyak menerima undangan majlis walimah kawan-kawan. wah rupanya dalam diam ramai yang akan tamatkan zaman bujang tahun ini ye. barakallah kepada semua bride to be ok!  semoga bait muslim yang akan dibina nanti sakinah, mawaddah dan warahmah, saya gelar keluarga SAMARA.


Rasanya dah 2 entri termasuk yang ini saya tulis tentang perkahwinan kan, sekadar makluman meraikan sahabat-sahabat yang bakal berkahwin dan musim orang kahwin.hehehe.

apa pun persediaan ilmu dan kekuatan mental sangat penting.
ilmu kesihatan pun wajib belajar ye.

sebut tentang kesihatan, mesti ramai yang mencadangkan berbagai vitamin/produk kecantikan khas untuk si bakal pengantin sebelelumnya kan. tetapi ada yang mungkin bagus hasilnya dan ada yang tidak. 


jom cuba beberapa tips penting ini untuk anda:

Hindari stres dan jangan terlalu banyak memikirkannya. Stres akan mempengaruhi keadaan kulit, rambut dan juga suasana hati anda.
Anda telah memilih si dia sebagai teman hidup anda sehidup semati, jadi cuba mantapkan hati… ikhlaskan diri anda untuk terikat dalam sebuah perkahwinan.
Jika anda masih kelihatan ragu-ragu dengan perkahwinan tersebut, ia akan mempengaruhi aura anda di hari pernikahan itu nnati. Kecantikan anda tidak akan terpancar sepenuhnya walaupun anda telah didandan cantik!
Supaya wajah kelihatan lebih segar, sebaiknya lakukan perawatan wajah seperti facial, sebulan atau tiga minggu sebelum majlis perkahwinan.
Sebelum melakukanya, elok jika anda mendapatkan nasihat pakar terlebih dahulu. Apatah lagi, jika muka ada berjerawat.
Kehadiran jerawat  bukan sahaja boleh merosakkan penampilan, bahkan membuatkan anda juga hilang keyakinan diri pada hari perkahwinan.
Walaupun boleh disembunyikan dengan mekap atau solekan, namun tidak sepenuhnya. Jika jerawat anda dalam keadaan parah, selain menjaga pemakanan ada juga perlu mendapatkan nasihat daripada pakar kulit. Dengan nasihat, ubat-ubatan serta produk yang tepat, anda akan berjaya menyingkirkan jerwat sebelum hari bahagia anda.
Salah satu bahagian tubuh yang perlu diperiksa menjelang hari nan bahagia adalah gigi. Pada hari istimewa itu nanti anda pasti akan banyak tersenyum serta membalas ucapan tahniah yang diberikan.
Untuk mendapatkan senyuman yang menawan, setakat menggosok gigi dua kali sehari itu sebenarnya masih tidak mencukupi.  Anda perlu ke doktor gigi bagi memperbaiki semua masalah gigi seperti gigi berlubang atau karang gigi yang boleh membuatkan mulut anda berbau busuk!
Agar rambut lebih sihat dan bersinar, terutama pada hari persandingan, gunakan syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda.
Elakkan mengggunakan pengering rambut terlalu kerap, tahan diri daripada menggunakan produk-produk styling rambut seperti gel rambut, pewarna rambut, pelurus rambut dan sebagainya.
Cubalah potong rambut anda, setiap enam bulan untuk mencegah rambut bercabang atau ‘pecah-pecah’.
Kelemumur kerap terjadi di kulit kepala yang kering dan berminyak. Ini boleh menyebabkan kegatalan di kepala. Anda tentu tidak ingin penampilan anda di hari perkahwinan itu menjadi rosak dengn adanya serpihan yang memutih di pakaian pengantin anda. Situasi ini cukup memalukan dan sebelum ia terjadi, lebih baik anda merawatnya.
Stres dengan pekerjaan/pelajaran serta kurang rehat dan tidur boleh mengakibatkan munculnya lingkaran gelap bawah mata/mata panda atau bengkak.
Anda mungkin boleh menutupinya dengan concealer sehingga kelihatan lebih segar dan cantik semulajadi. Gunakan gel di bawah mata agar kulit halus ini terhidrasi. Boleh juga tekap dengan ais untuk mengurangi bengkak.
Sebagai calon pengantin, anda dinasihatkan tidak berjaga selepas jam 12 malam. Mata akan kelihatan penat dan sudah pasti ia akan mengurangi kecantikan anda nanti.
Bersenam sangat penting jika anda mahu tampil dengan tubuh ideal di hari bahagia itu nanti. Aktiviti sihat ini juga akan membantu anda mengurangi rasa stres.
Semoga tips ini boleh membantu anda tampil lebih cantik di hari perkahwinan anda nanti.
7) makan vitamin kesihatan
Yang ketujuh ni sangat saya sukai, paling mudah jika dari awal kita menjaga kesihatan. badan pun akan cergas dan segar. saya suka syorkan anda dengan vitamin shaklee! marbelles!



boleh buat hantaran perkahwinan lagi set shaklee ni! memang ohsem la dapat semua ni dari pasangan kan.



apa tunggu lagi.jomla order!

hubungi saya (independent distributor shaklee ID 1155918)
0136423449 - call/sms
Facebook: isma amanina/ kedai sihat amanina

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...