Tuesday 2 December 2014

Musim cuti sekolah: persediaan awal anak-anak ke persekolahan pada tahun 2015

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, sekarang masih lagi di musim permulaan cuti sekolah dan "mood" cuti masih lagi segar di kalangan anak-anak. apa perancangan anda musim cuti ni ye?
ada yang nak pergi bercuti ke luar negara atau dalam negara melawat tempat-tempat menarik. zoo pun antara tempat yang menarik untuk dilawati. tetapi di sebalik kesibukan anak-anak bercuti, para ibu perlu lakukan persediaan awal persekolahan anak-anak anda. jangan kalut di saat akhir sudahla ye, nanti ada sahaja barang yang terlupa beli atau sediakan. 

ok, saya nak kongsikan beberapa tips atau persediaan yang perlu bagi perancangan persekolahan tahun hadapan. sesiapa yang pertama kali masukkan anak ke sekolah memang berdebar kan? saya pun tak tahu jugak tetapi berdasarkan melihat pengalaman mak ayah, sedara yang uruskan anak masuk sekolah.

teruskan membaca, terima kasih!
  • Ibu bapa perlu mendaftar secara online bagi pemilihan sekolah anak melalui sistem online Jabatan Pendidikan Malaysia (mengikut negeri) sebaik-baiknya 2 tahun awal sebelum masuk  ke sekolah rendah. Dalam hal pemilihan sekolah, sudah tentulah kita ingin menghantar anak ke sekolah yang sesuai dan berdekatan dengan rumah.
  • Anak-anak yang masuk ke darjah satu di sekolah rendah akan diberikan ujian penilaian kemahiran asas 3M (Membaca, Menulis, Mendengar) dan kemahiran serta penguasaan ICT.  Sesetengah sekolah akan menentukan kelas mengikut keputusan ujian penilaian tersebut.
  • Pastikan semua dokumen penting seperti kad pengenalan ibu bapa, sijil lahir anak, gambar bersaiz pasport atau kad pengenalan dan surat menyurat berkenaan persekolahan ditempatkan di dalam satu fail. Buat satu salinan sebagai persediaan sekiranya diperlukan nanti. Anda juga boleh menelefon pihak sekolah sekiranya perlu untuk mengetahui dokumen yang diperlukan dan lain-lain keperluan.
  • Betapa seronoknya sekiranya dapat menghantar anak ke sekolah dan mengambil anak setiap hari dari sekolah.  Tetapi bagi  ibu bapa yang bekerja dan tiada masa menghantar anak ke sekolah  boleh mendapatkan maklumat khidmat operator bas sekolah di sekolah berkenaan.
  • Dapatkan maklumat daripada sekolah sama ada sekolah tersebut menyediakan pinjaman buku teks atau ibu bapa perlu membeli buku teks sendiri untuk persekolahan anak. Ini boleh menjimatkan perbelanjaan persekolahan anak.
bagi ibu bapa yang pertama kali anak masuk darjah satu tahun depan, baik ikut tips ini:

1. Stationeries beli dalam kuantiti bulk. Sebab budak darjah 1 ni kejap je la tahannya. 
2. Beli awal takut habis stok size dan kuantiti yang kita nak tu
3. Beli hujung tahun sebab biasa banyak sale. Kalau plan nak pakai 2nd term nanti beli size besar sikit sebab budak-budak cepat besar.
4. Untuk ibu bekerja, belilah sampai 5 pasang terus pakaian SK dan 5 pasang pakaian KAFA. Sebab ada hujung minggu je untuk gosok baju. 
5. Stiker. Beli stiker untuk lekat kat semua barang anak-anak supaya tak bercampur dengan orang lain. Maklumla baru darjah 1.
6. Rubber stamp nama anak. Sebab banyak buku nak tulis nama, elok tempah je rubber stamp nama anak. Sebab darjah tak tahu lagi jadi rubber stamp nama je lagipun tahun depan boleh pakai lagi
7. saya tambah yang paling utama siapkan anak dari segi mental dan fizikal ye ibu-ibu. pastikan kesihatan anak terjaga dan emosinya terkawal. Kesihatan tu penting, tidaklah demam di awal persekolahan atau terkena penyakit alahan dan sebagainya. nak kuatkan antibodi anak, ambillah vitamin dan pemakanan yang sesuai. 
saya cadangkan ambil set minda cerdas shaklee untuk minda dan badan yang sihat. persediaan yang mantap!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...