Wednesday 24 December 2014

tips momy multitasking; susahnya menjadi ibu yang bekerjaya




Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah.seiring dengan perkembangan masa dan zaman, wanita dilihat kini lebih besar peranannya berbanding suatu masa dahulu. Pada zaman dahulu wanita hanya ditugaskan untuk persiapan keluarga dan urusan rumahtangga, tetapi pada masa ini wanita setanding berperanan sehebat kaum adam. setuju? eh, saya bukan bias tetapi menyatakan hakikat/realiti semasa. tengok sahajalah makcik asiah (jiran) di kampung saya, dahulunya seorang suri rumah sahaja; kini dah jadi usahawan kopi. ini menandakan ada berlaku tranformasi(lonjakan/pembaikan) di situ. setuju ke setuju? tugasnya makin menjadi bercabang, urusan rumahtangga, bisnes, anak dan sebagainya. cayalah makcik, multitasking ni orang puteh panggil! serba boleh katakan. makan suami siap, persiapan sekolah anak siap, bisnes mantap, ilmu makin ditambah!

tetapi tak ramai yang boleh jadi multitasking ni, sukar! tak menang tangan dek urusan yang banyak perlu diselesaikan. ini yang menjadi permasalahan ibu bekerjaya sekarang, masalah tak cukup tangan. alahai, kesian.

Wanita mula melihat kerjaya di luar rumah sebagai satu cara memperoleh jaminan masa depan yang lebih menyakinkan. Wanita yang berdikari di dapati mempunyai tahap keyakinan diri yang lebih tinggi dan mempunyai daya pemikiran yang lebih terbuka disebabkan interaksi yang meluas.

Kemahiran ini memberi nilai tambah kepada keluarga seperti anak-anak, suami dan ibu bapa . Walau bagaimanapun, fitrah wanita yang cenderung kepada aspek pengurusan keluarga dan penjagaan anak-anak, tetap menjadi keutamaan yang perlu dikendalikan sebaik mungkin. Oleh sebab itu, wanita yang memilih untuk bekerja di luar rumah harus mempunyai kemahiran yang lebih tinggi dalam mengurus diri, emosi, kerjaya, keluarga, penjagaan anak-anak dan hal ehwal rumah tangga yang lain.

tanpa adanya strategi/perancangan awal pastinya akan menjadi kelam kabut.
baik, saya akan kongsikan tips bagaimana menjadi ibu multitasking hasil daripada pembacaan dan pemerhatian yang saya lakukan. mestilah semua ibu nak hebat di luar dan di dalam rumah kan? kerja dan suri rumah hebat.



tips momy multitasking

Pertama sekali, jangan rasa bersalah dan jangan cuba untuk melakukan segala-galanya pada satu masa hanya kerana anda tidak mempunyai banyak masa dengan anak anda. Ada cara-cara yang mudah untuk meluangkan masa yang berkualiti dengan anak anda, walaupun anda bekerja sepenuh masa:

  • Tetapkan rutin supaya anak anda tahu bila dia dapat berjumpa anda. Contohnya, pada hari bekerja, pastikan andalah yang mengejutkannya dari tidur, memberinya sarapan, dan jika boleh, membawanya ke pusat penjagaan. Pada waktu petang pula, ambillah dia dari pusat penjagaan dan berbual-buallah tentang aktiviti-aktiviti yang dilakukannya pada hari itu.

  • Apabila anda besama anak anda, tumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Maka padamkanlah telefon bimbit, televisyen dan komputer supaya anda bebas bermain dan bermesra dengannya. Ini sangat penting terutamanya jika anda hanya dapat bersamanya pada hari minggu.

  • Jadikan waktu makan waktu yang istimewa. Galakkan anak anda membantu anda memasak atau menyediakan makanan seperti mencuci sayur-sayuran atau beras. Kemudian, duduk bersama sebagai satu keluarga dan gunakan masa itu untuk berbual tentang aktiviti masing-masing pada hari itu. Walaupun jika anak anda masih belum boleh bercakap, dia pasti gembira dapat melihat anda dan makan bersama-sama.

  • Jika waktu bekerja anda panjang, sekurang-kurangnya cubalah untuk bersama-samanya ketika makan malam, mandi dan waktu tidur.

  • Luangkan hari minggu dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan seperti pergi ke taman permainan, membuat kerja seni bersama-sama, atau pergi berenang.


jadi ibu-ibu sekalian, anda sudah boleh menjadi ibu bekerja tetapi ikutlah kemampuan anda masing-masing. jangan terlalu memaksa diri lebih dari kemampuan sebenar anda. 

selamat berkerja!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...