Thursday 6 August 2015

Awas jika anda kerap letih dan lesu petanda awal penyakit

Assalamualaikum

Letih adalah situasi yang wajar dan biasa jika anda berasa seperti itu selepas melakukan aktiviti yang berat; tetapi jika anda cepat letih dan lesu walaupun tidak melakukan tugas berat, berwaspadalah mengenai keadaan atau tahap kesihatan anda. Ini mungkin amaran awal anda sedang mengidap penyakit tertentu.

Adakah anda sering berasa letih dan lesu sepanjang waktu? jika jawapannya adalah ya, anda patut tahu info kesihatan ini sebagai panduan dan rujukan untuk masa yang akan datang. Insyaallah semua info ini akan dapat membantu anda untuk lebih prihatin dengan kesihatan diri sendiri. Percayalah kesihatan yang baik bermula dari pencegahan awal yang konsisten dan ianya bermula daripada perkara-perkara yang mungkin dianggap remeh oleh segelintir orang.

Diantara sebab yang boleh buatkan diri anda mudah berasa penat dan lesu adalah:

1- Anda mungkin mengidap anemia (kurang darah merah)
Disebabkan oleh kekurangan zat besi. Penyakit ini lebih banyak terjadi kepada golongan wanita berbanding golongan lelaki. Wanita yang sering mengalami haid yang banyak dan wanita hamil banyak mengalami masalah ini. Mereka mudah berasa lesu, penat, sering sakit kepala, muka kelihatan pucat dan jantung berdebar-debar. Anda dinasihatkan untuk dapatkan pemeriksaan darah di klinik dan hospital untuk mengetahui kadar hemoglobin atau sel darah merah dalam badan anda seimbang atau tidak.

2- Anda mungkin mengidap hipotiroid
Hipotiroid adalah gejala kekurangan hormon tiroid di dalam badan. Kurangnya hormon ini sebabkan badan kurang metabolisma, cepat letih, sakit otot, berat badan bertambah, kulit kering dan tidak tahan pada keadaan sejuk. Anda perlu banyakkan ambil zat besi dan rajin bersenam untuk tingkatkan metabolisma badan.

3- Anda mungkin mengidap diabetis
Mungkin juga anda mengidap diabetis dalam diam-diam. Waspadalah jika anda alami tanda seperti cepat haus, mudah lapar, sering buang air kecil dan berat badan turun mendadak. Kesan lebih awal dapat elakkan anda dari terkena penyakit ini.

4- Anda mungkin mengidap tabiat tidur berdengkur
Jika anda selalu tidur berdengkur, atau mungkin orang lain pernah cakap bahawa anda tidur berdengkur. Anda mungkin mengidap obstructive apnea syndrom, terjadi kerana aliran udara tersumbat ketika bernafas sehingga sebabkan oksigen berkurang. Penyakit ini akan menganggu kualiti tidur anda dan anda akan berasa letih pada waktu siang kerana tidak dapat tidur yang cukup.

5- Anda mungkin mengidap ceciliac
Merupakan penyakit saluran penghadaman terutama pada kawasan usus. Penyakit ini tidak serasi dengan makanan yang mengandungi gluten-protein yang terdapat pada bijirin. Gluten boleh dijumpai dalam ubat-ubatan, vitamin dan pelembab bibir. Gejala cepat letih, perut kembung atau banyak angin, cirit-birit, muntah dan turun berat badan.

6- Anda mungkin mengidap chronic fatigue syndrome
Walaupun anda sudah mengambil rehat yang cukup namun masih berasa letih dan lesu, ia adalah kerana anda sememangnya mengidap penyakit ini. Sekiranya anda mengidap gejala seperti lesu, sakit pada bahagian otot, gangguan memori dan tidak fokus, insomnia; eloklah anda segera berjumpa doktor. Ia juga boleh terjadi disebabkan gangguan virus, gangguan sistem imun dan gangguan psikologi atau emosi.

7- Anda mungkin mengidap kemurungan
Kemurungan dengan gejala perasaan sedih, putus asa, hilang minat untuk melakukan aktiviti, letih, gangguan tidur dan mempunyai fikiran untuk cederakan diri sendiri. Segeralah berjumpa doktor jika anda atau orang di sekeliling anda sedang mengalami gejala ini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...