Wednesday 5 August 2015

7 Tips mudah kawal nafsu makan di rumah terbuka jauhi berat badan naik melambung



Assalamualaikum

Adakah anda tahu, lelaki dewasa biasanya akan membakar 2,500 kalori yang di makan setiap hari. Jika jumlah kalori yang diambil berlebihan daripada jumlah yang patut dibakar, ianya akan mewujudkan lebih kalori atau jadi kalori yang tidak bagus seterusnya akan membentuk lapisan lemak dalam badan. Agak menakutkan sekiranya lemak  yang tersimpan dalam badan tidak dibuang dengan mengamalkan diet yang betul. 

 Ada info menyatakan bahawa jumlah kalori yang diperlukan oleh lelaki dewasa adalah sekitar 2,000 hingga 2,500 sahaja sehari. Ini bermakna, setiap 8,000 kalori yang terkumpul dalam badan (yang tidak dibakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kg. Bayangkan jika berat badan anda naik dengan mendadak, pastinya perlu kawal cara makan ya!

sekarang masih di dalam bulan syawal dan pastinya makin ramai yang akan buat rumah terbuka, ramai yang akan dijemput ke jemputan rumah terbuka termasuk saya ni ha! maka ikut hati mahu makan sepuasnya, kan raya sebulan.Inikan raya! hehe




Tetapi kesannya mesti ramai mula risau berat badan naik secara mendadak bagai ditiup angin dalam belon. wah peribahasa apakah itu!


ok tidak menjadi masalah.
saya kongsikan tips mudah bagaimana saya dan anda semua boleh amalkan khususnya ketika musim perayaan. harap dapat membantu.


1- Rancang awal jadual anda
Ini kerana jika anda menerima jemputan rumah terbuka pada sebelah malam, anda di nasihatkan untuk melakukan sedikit senaman ringan pada sebelah siangnya. Boleh bakar lemak. Pastikan juga anda tidak mengambil makanan berat sebelum ke jamuan raya.

2- Buat pilihan dengan bijak.
Anda mesti bijak menetapkan keutamaan, termasuk dalam menghadiri jemputan raya. Andai jemputan bukan daripada kenalan rapat ataupun keluarga, anda boleh elakkan untuk menghadiri terlalu banyak majlis. Namun jika tidak boleh elakkan, pastikan anda tidak mengambil makanan berat. Makan sebelum tidur bukan sahaja punca kepada masalah obesiti/gemuk malah anda mungkin juga akan mengalami masalah insomnia (susah tidur).

3- Makan makanan sihat dan cukup khasiat
Adakah anda merancang untuk mengadakan jamuan rumah terbuka? jika jawapannya ya, apa kata anda rancang adakan jamuan dengan tema makanan sihat! pasti ramai yang memuji dan mencontohi anda! positiflah walaupun akan ada yang akan tanyakan ketupat, lemang, rendang dan semuanya. ciptalah ketupat yang tidak berlemak. mungkinkah? apa kata anda mencuba.

4- Majlis di siang hari
selain buat makanan sihat untuk tetamu, pemilihan waktu untuk mengadakan jamuan juga penting. Cubalah lakukan jamuan pada sebelah siang kerana makanan berat sesuai dimakan pada waktu ini. agak berat malam makan lemang, ketupat dan sebagainya.

5- Anda patut tidur awal
Jika tiada aktiviti pada malam hari, tidurlah awal kerana semakin lama anda berjaga malam semakin kerap anda mahu mengunyah makanan. itu ayat hipotesis terbaik hubungan makanan dan tidur! 

6- Makan buah
Makan banyak buah sebelum anda keluar ke jamuah rumah terbuka. dapat elakkan sembelit jika terlalu banyak makan makanan berat susah dihadam. Buah epal bagus dimakan untuk mengalas perut, juga boleh elakkan anda makan berlebihan di rumah terbuka.

7- Elak makan bufet
Pilih makanan secara berpatutan sahaja, makanlah dengan berpada-pada. Ambik hidangan dalam kuantiti yang sedikit . 

Begitulah, asyik makan jangan di lupa solat apabila telah masuk waktunya. Utamakan solat di awal waktu, mesti tidak teringat sangat nak makan banyak kan.

Selamat menghadiri rumah terbuka semua! jangan lupa puasa enam di bulan syawal.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...